10 Fakta Menarik Mengenai Orang Yang Mempunyai Darah Jenis O

Tahu tak apa jenis darah anda? A, B, AB atau pun O? Jika anda tergolong dalam kumpulan ‘O’ maka anda adalah seorang insan yang paling istimewa.

Memiliki darah ‘O’ ini sememangnya unik daripada jenis darah yang lain. Ini kerana individu yang memiliki darah jenis ini digelar ‘universal donor‘ kerana mereka boleh menderma darah kepada semua jenis darah lain.

Akan tetapi, mereka yang mempunyai darah jenis ‘O’ tidak boleh menerima darah daripada jenis lain dan hanya menerima darah dari jenis kumpulan mereka sendiri sahaja.

Nak tahu lebih lanjut kenapa mereka digelar istimewa dan memang patut berbangga jika memiliki darah O, jom check it out!

1. Individu yang berdarah ‘O’ adalah seorang yang sensitif, mudah tersentuh, kelihatan seperti tidak mengambil kisah, pura-pura seperti mempunyai ego yang tinggi tetapi sebenarnya sangat memahami.

2. Sesiapa yang mempunyai darah jenis ‘O’ adalah seorang teman yang sejati, dan dikatakan tidak sesekali akan mengkhianati temanya sendiri.

3. Mempunyai komited yang cukup tinggi. Tidak akan meninggalkan kerja separuh jalan.

4. Tidak akan tunjukkan kesedihan dan sentiasa berusaha untuk nampak kuat serta mampu berdikari sendiri.

5. Hatinya juga mudah terluka walaupun dari luaran kelihatan tegas dan garang.

6. Sanggup berbuat apa sahaja demi orang yang mereka sayangi.

7. Seorang yang berani menghadapi cabaran hidup.

8. Tidak berkira dan bukan seorang yang pendendam.

9. Sentiasa akan mencari jalan untuk membalas kebaikan orang lain dan sentiasa mengenang budi.

10. Seorang yang adil dan tidak suka akan pembohongan.

Waaah hebatkan orang yang berdarah ‘O’ ni, kalau anda mempunyai kenalan atau teman rapat yang berdarah jenis ini, mohon jangan ditinggalkan. Bukan senang nak cari orang yang ada darah ‘rare’ macam ni. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *