15 cedera, pangsapuri empat tingkat terbakar di New York

NEW YORK: Sekurang-kurangnya 15 orang cedera serius semalam, selepas sebuah pangsapuri empat tingkat terbakar di Bronx, pinggir New York City, kata jabatan bomba di akaun rasmi Twitter.

Pegawai polis di sini, Tiffany Phillips ketika dihubungi berkata, angka kematian akibat kebakaran itu masih tidak diketahui kerana tiada maklumat lanjut diperoleh setakat ini.

Lebih daripada 160 anggota bomba berada di tempat kejadian, kata jabatan bomba. – Reuters

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *