155 laman web berkaitan penderaan seksual kanak-kanak disekat SKMM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari memaklumkan, terdapat sebanyak 155 laman web berkaitan penderaan seksual kanak-kanak telah disekat pada tahun ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan menyekat laman web terbabit dalam usaha membanteras dan memastikan persekitaran atas talian selamat untuk kanak-kanak.

Kebiasaanya sekatan ke atas laman web itu akan dilakukan oleh SKMM selepas menerima aduan dari orang awam.

“Selalunya, SKMM akan bertindak selepas menerima aduan daripada orang awam.

“Jika laman web itu dari luar negara, SKMM akan meminta bantuan daripada penyedia web antarabangsa,” kata.

Setiap laman web yang disekat itu adalah dibawah pemerhatian Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kesemua laman web yang disekat tersebut mengandungi bahan lucah, palsu, mengancam atau jelik, sumbang dan mengganggu orang lain.

Tambah beliau, ini antara langkah-langkah positif yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk melindungi kanak-kanak daripada jenayah seksual di atas talian termasuk enakmen Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Kami turut memperkenalkan mahkamah khas buat kanak-kanak,” kata beliau.

Malah, beliau merasakan setiap ibubapa yang memberi pendedahan anak-anak mereka pada Internet perlulah dipantau.

“Memberi pendedahan mengenai Internet kepada kanak-kanak adalah bagus namun ia perlu dikawal,” katanya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *