400 ulat hidup diletakkan ke kaki untuk elak kaki dipotong akibat kencing manis

SEORANG pesakit kencing manis yang menderita akibat kakinya melecur selepas terkena radiator, mendedahkan bahawa ulat-ulat telah menyelamatkan kakinya daripada dipotong.

James Murray dari, Lincolnshire telah mengalami kecederaan berkenaan pada Jun lalu hinggakan kakinya berlubang.

Disebabkan dia menghidap kencing manis maka peluang rawatan yang ada adalah terhad. Doktor pakar kemudiannya mencadangkan terapi larva, iaitu prosedur di mana 400 ulat hidup diletakkan ke kakinya yang cedera itu.

Ia kelihatan menjijikkan namun dalam masa empat hari, tisu yang terbakar itu telah dimakan oleh ulat terbabit dan luka James semakin sembuh.

Empat bulan selepas itu, luka sedalam empat inci itu telah tertutup.

“Apabila mereka memberitahu saya bahawa mereka bercadang menggunakan ulat, saya rasa agak pelik dan bimbang sama ada ia akan merayap ke kaki saya.

“Saya menghidap diabetes tahap dua, jadi saya mempunyai pilihan yang terhad. Justeru saya mahu mencubanya,’’ katanya yang bekerja kilang.

Dia kini gembira kerana kakinya telah sembuh dan tidak perlu dipotong.

Sumber – malaysiandigest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *