5 Makanan Ini Bahaya Untuk Perut Yang Kosong

Bukan semua makanan boleh dimakan ssewaktu perut kosong walaupun makanan tersebut adalah makanan yang sihat. Ada beberapa makanan yang sebenarnya dilarang untuk makan ketika perut kosong.

Tetapi ramai diantara kita tidak mengambil serius akan hal ini. Tambahan pula ketika lapar mana la ada masa nak fikir kan, selagi makanan itu boleh dimakan terus ngap masuk mulut.

Berikut adalah beberapa jenis makanan yang sebenarnya tidak bagus dimakan ketika perut kosong terutamanya pada waktu pagi;

1. Pisang

Walaupun pisang sangat kaya dengan pelbagai jenis vitamin, tetapi ianya sangat tidak digalakkan kerana pisang dapat meningkatkan kadar magnesium dalam badan dan mengganggu jantung untuk berfungsi.

2. Gula-Gula

Gula-Gula sangat tidak baik untuk sistem pencernaan jika dimakan pada waktu pagi. Makanan yang mengandungi gula akan melambatkan proses pencernaan sehingga menyebabkan metabolisme badan akan menjadi lambat dan cepat penat.

3. Limau

Kandungan asid di dalam buah limau juga tidak baik untuk sistem pencernaan tambahan pula jika dimakan sewaktu perut kosong pasti akan mengakibatkan sakit perut.

4. Kopi

Kopi sangat kaya dengan kafein yang dapat merangsang asid jika diminum saat perut kosong. Ini akan menyebabkan perut terasa memulas dan mengakibatkan masalah pencernaan.

5. Makanan Pedas

Makan pedas boleh melukakan perut dan juga merosakkan saluran pencernaan jika selalu dimakan ketika perut kosong malah lebih terus akan menyebabkan penyakit apendiks.

Walaupun perkara ini seakan remeh tetapi ia juga mampu memberi impak yang besar pada kesihatan tubuh badan. Jadi jagalah pemakanan anda supaya tidak mendapat penyakit yang melarat. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *