Adun PKR Seberang Jaya buktikan wujud ‘slow leaner’ dari UITM

Pembangkang akan mengkritik apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan. Mereka tidak akan mengakui kebaikan yang dilakukan kerajaan kepada rakyat dan negara. Bagi pembangkang, segala tindakan kerajaan semuanya tidak betul dan menyusahkan rakyat.

Buktinya apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin yang mengkritik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan penghapusan tol dan pemberian subsidi minyak akan meningkatkan jejak karbon.

“Ada tol untuk kurangkan ‘carbon footprint’? Kami yang belajar dari universiti ‘slow learner’ pun tahu ini mengarut!,” kata Afif yang juga merangkap Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), menerusi akaun Twitternya, baru-baru ini.

Afif merupakan graduan perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang pernah dilabelkan sebagai universiti untuk ‘slow learner’.

Baru-baru ini, Perdana Menteri menyelar polisi pembangkang yang mahu menghapuskan tol dan pemberian subsidi minyak.

Beliau berkata, polisi “hapuskan tol dan subsidi minyak” yang dicadangkan Pakatan Harapan (PH) hanya membuat pencemaran udara negara lebih teruk.

Malah, katanya, ia akan menyebabkan peningkatan kenderaan di atas jalanraya ketika usaha sedang ditingkatkan untuk mengatasi fenomena perubahan iklim yang melanda dunia ketika ini.

“Bukan saja mereka tidak tahu bagaimana mahu membiayai polisi-polisi ini, ia turut bakal menyebabkan penambahan kenderaan di jalanraya, menambah kadar CO2 di udara dan jejak karbon yang sepatutkan kita kurangkan, bukan tambah jika kita mahu dunia ini selamat untuk kehidupan sejagat,” kata Najib.

Beliau berkata demikian pada Wacana Antarabangsa Anak Muda Kuala Lumpur Ke-2 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini.

Tambahnya, Kerajaan Persekutuan setakat ini berjaya menjalankan polisi yang mampu mengurangkan pengeluaran karbon dioksida kini sehingga 45% pada 2030, berbeza dengan janji manis kosong pembangkang yang langsung tidak mementingkan alam sekitar.

“Usaha kami dalam perkara ini membuahkan hasil. Sebelum ini kami telah berikrar untuk mengurangkan pengeluaran CO2 sehingga 40% menjelang 2020 berdasarkan perkiraan pada 2005. Dan pada 2015, kita telah berjaya mengurangkan 33% – jadi anda boleh lihat kita dalam jalan yang betul.

“Kita turut menyasarkan untuk mencapai pengurangan sehingga 45% pada 2030, dan mencapai karbon neutral pada 2050 – bukti komitmen kita terhadap anak muda dan generasi masa depan.

“Ini komitmen sebenar, bukan janji murahan – seperti mana yang mungkin kamu dengar daripada ahli politik yang menjanjikan pengurangan tol dan penambahan subsidi minyak,” ujarnya.

Sepatutnya Afif memahami betul-betul kenyataan Perdana Menteri itu, bukannya hanya tahu mengkritik dan mengatakan ia mengarut. Walaupun bukan semua pelajar dari UITM adalah ‘slow leaner’ atau lembab untuk memahami sesuatu, tetapi tindakan YB PKR dari Seberang Jaya itu juga membuktikkan wujudnya ‘slow leaner’ dari UITM. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *