Agnez Mo Bercinta Dengan Chris Brown?

Jika anda mengikuti Instagram penyanyi kelahiran Indonesia, Agnez Monica yang kini sedang aktif mengembangkan kariernya di Amerika dengan nama Agnez Mo, pasti akan terperasan yang penyanyi ‘Coke Bottle’ itu pernah memuat naik gambar mesranya bersama Chris Brown.

Disebabkan gambar mesra itu, peminat mula membuat spekulasi mengatakan Agnez kini sedang bercinta dengan Chris Brown. Tambahan pula, Agnez juga dikatakan telah hadir ke parti hari jadi DJ Khaled bersama Chris Brown.

Malah, media antarabangsa turut mengatakan yang Agnez sedang bercinta dengan bekas teman lelaki Rihanna itu. Namun, sewaktu menghadiri acara Bright Awards Indonesia 2017 lepas, Agnez telah memberi sedikit klu yang dia akan muncul dengan satu projek istimewa bersama artis antarabangsa.

Meskipun, tidak menyebut nama Chris Brown tetapi Agnez ada mengatakan yang projek istimewanya itu pasti sudah tidak menjadi kejutan lagi kerana peminat pasti sudah mengetahui apa projek istimewa itu jika melihat Instagram-nya.

Jadi, mungkin artis yang akan tampil dalam projek Agnez itu nanti adalah Chris Brown dan itu juga turut menjawab persoalan peminat Agnez yang menyangka dia sedang bercinta dengan Chris Brown. Dan, gambar mesra itu hanyalah satu gambar biasa.

Lagipula, menurut  laporan portal hiburan Indonesia, Agnez sebenarnya sudah mempunyai teman lelaki di Indonesia. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *