Ardell Aryana Dedah “Kena Reject” Sebab Pakai Tudung

Pelakon dan pengacara televisyen, Ardell Aryana mendedahkan yang terdapat beberapa pihak produksi yang bertindak membatalkan tawaran berlakon yang mereka ingin berikan padanya selepas ketahui yang dia kini sudah bertudung.

Menurut Ardell, dia sudah ditolak sebanyak empat kali kerana memakai tudung, tetapi dia sedikit pun tidak berasa kesal kerana percaya yang akan ada rezeki yang lebih baik untuknya kelak.

Malah, Ardell lebih memilih untuk berfikiran positif yang mungkin watak itu tidak bersesuaian dengan imejnya yang sudah bertudung. Namun, selepas empat kali di reject, Ardell telah menerima beberapa tawaran yang lebih baik berbanding tawaran yang diterimanya sebelum ini.

Bercakap mengenai perubahannya itu, Ardel mengatkan yang dia sebenarnya sudah lama berniat ingin memakai tudung tetapi disebabkan kontrak kerja, niat itu terpaksa ditangguhkan. Tetapi, sewaktu bercuti di Bali kekuatan itu muncul.

Dan, sejak dari itu Ardell putuskan untuk berhijarah dan mula memakai tudung. Namun, biasalah untuk pelakon yang bertudung tawaran berlakon akan menjadi berkurang, tetapi rezeki Allah itu kan luas, lagi pula sekarang ini sudah ramai artis bertudung.

Jadi, pasti pihak produksi sudah boleh menerima pelakon-pelakon yang bertudung untuk berlakon dalam filem mereka. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *