Astro catat keuntungan sebanyak RM589 juta

Astro Malaysia Holding Bhd telah memperolehi keuntungan tinggi selepas cukai sebanyak RM589 juta bagi tempoh 9 bulan pertama tahun kewangan 2018.

Keuntungan ini juga telah menunjukkan pihak Astro telah berjaya meningkatkan keuntungan mereka sebanyak 23 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Datuk Rohana Rozhan memaklumkan, prestasi kewangan Astro ini dilihat berada pada tahap yang memberangsangkan jika mengambil kira persaingan industri media yang semakin mencabar dan sengit sepanjang tahun ini.

Malah, beliau berkata pihak Astro sedang cuba mengukuhkan lagi perkhidmatan lama mereka untuk menjadikan syarikat itu bergerak ke hadapan dan lebih berjaya.

“Bergerak ke hadapan, kami perlu pastikan bahawa sambil kami mengukuhkan lagi perkhidmatan lama kami dan menukar fokus perkhidmatan kami, pada masa yang sama, kami juga perlu mempunyai dua enjin pertumbuhan utama.

“Salah satunya adalah pertumbuhan dalam ruang individu. Sebagai contoh, Astro sangat kuat di ruang rumah, kini kami juga ingin menjadi kuat dalam ruang individu. Bukan hanya ruang individu di Malaysia, tetapi juga ruang individu di rantau ini melalui aplikasi Tribe kami,” katanya.

Selain itu, Astro telah mencatatkan peningkatan pada Keuntungan Sebelum Cukai, Faedah Susut Nilai Dan Pelunasan (EBITDA) sebanyak 4 peratus tahun ke tahun kepada Rm1.43 bilion.

Ia turut mencatatkan peningkatan 0.4 peratus pada pendapatan pengiklanan, dengan perkongsian pendapatan pengiklanan televisyen dicatat pada 44 peratus dan perkongsian pendapatan pengiklanan radio sebanyak 74 peratus. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *