Avacado Bantu Wajah Lebih Cerah Dan Bebas Kedutan

Bahan semulajadi memang terbaik untuk merawat masalah dalaman ataupun luaran kita. Dari nenek moyang kita dahulu pun menggunakan bahan-bahan yang terdapat disekeliling rumah untuk mengubati atau mencantikkan diri mereka.

Oleh itu, kami ingin kongsikan sedikit tips merawat wajah daripada cepat berkedut dengan menggunakan buah avocado.

Buah avocado mempunyai pelbagai khasiat seperti vitamin E, K, zat besi dan sebagainya yang sangat baik untuk penjagaan kulit. Ia akan membuatkan kulit wajah anda menjadi lembap, sihat dan cantik.

Kandungan kalium dan mineral yang terdapat dalam buah avocado ini yang akan membantu mengurangkan kedutan diwajah dan menganjalkan kembali kulit yang berkedut.

Anda cuma perlukan;

Sebiji buah avocado
Yogurt asli
Madu

Caranya;

Hancurkan isi avocado bersama yogurt dan madu kemudian gaulkan sebati. Anda juga boleh gunakan pengisar untuk menjadikanya lebih halus. Setelah halus, sapukan pada keseluruhan wajah anda dan biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air bersih.

Lebihan masker boleh disimpan didalam peti sejuk ataupun disejuk bekukan. Keluarkan 10 minit awal, birkan lembut seketika sebelum disapukan pada muka. Selamat mencuba! – utaranews.com

 

sumber: Cik Esyima Zamri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *