Awie Tak Mahu Peminat Mengata Didalam Kubur

Vokalis kumpulan rock lagenda tanah air, Wings, Datuk Awie mengatakan yang sebagai seorang selebriti dia perlu menunjukkan sikap yang baik terutama sekali kepada generasi muda.

Ini kerana Awie berasa bimbang jika apa sahaja kesilapan yang dia lakukan sekarang akan diingati dan bakal menjadi kritikan orang ramai kelak.

Jelas Awie, sewaktu muda dahulu, dia banyak melakukan kesilapan tetapi itu semua telah memberikan banyak kesedaran kepadanya.

Disebabkan itu, sebagai seorang artis senior, Awie mahu menunjukkan sikap yang baik supaya ia boleh menjadi ikutan dan contoh kepada generasi-generasi yang akan datang.

Jadi, jika suatu hari nanti apabila dia sudah tiada di dunia, orang akan menceritakan perkara yang baik sahaja mengenainya.

Setiap manusia pasti akan pernah membuat kesilapan, tetapi kesilapan itu yang mematangkan kita. Tapi, sudah pasti jika suatu ketika Awie sudah tiada, pasti orang akan bercerita mengenai kebaikan Awie sahaja.

Terutama sekali mengenai lagu-lagu dan juga filem-filem yang Awie yang pastinya akan sentiasa segar diingatan peminat. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *