Azwan Ali Terlalu Kontroversi Untuk Jadi Perdana Menteri

Sebut sahaja nama Azwan Ali atau lebih dikenali dengan gelaran Diva AA pasti netizen akan teringat pada mulutnya yang lancang dan sangat terbuka dalam menyatakan pandangannya serta pendapat, sehinggakan dia juga pernah digelarkan sebagai seorang yang suka mencari publisiti.

Dan disebabkan sikapnya yang sering membuat pelbagai kontroversi, apa sahaja yang Azwan Ali lakukan pasti akan dibalas dengan pelbagai tomahan dan juga kata-kata cacian dari netizen yang rata-rataanya sudah bosan dengan kelakuan seorang selebriti bernama Azwan Ali.

Setelah sekian lama menyepi, baru-baru ini, nama Azwan Ali kembali mencipta kontroversi baru apabila dia membuat pengakuan yang dia sebenarnya sudah lama bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri (PM).

Malah, impiannya itu juga pernah Azwan Ali luahkan dalam sebuah artikel pada akhbar satu ketika dahulu. Namun, menurut Azwan dia sedar yang impiannya itu hanyalah satu mimpi kerana dirinya terlalu kontroversi untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

Selain menganai pelbagai kontroversi yang terpalit padanya, isu mengenai jantinanya yang pernah menjadi pertikaian suatu ketika dahulu juga turut sama membuatkan impian Azwan Ali untuk menjadi Perdana Menteri menjadi bertambah mustahil.

Memang diakui yang menjadi seorang Perdana Menteri bukan hanya impian Azwan Ali tetapi ia juga adalah impian ramai orang kerana menjadi Perdana Menteri adalah satu pencapaian karier yang paling diimpikan. Tapi, tidak semua orang benar-benar layak dan berkemampuan untuk memimpin sesebuah negara.

Namun, tidak dapat menjadi perdana menteri itu tidak bermakna Azwan tidak boleh berjuang untuk negara. Apapun, kagum dengan sikap Azwan yang lantang dalam menyuarakan pendiriannya. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *