Bedak Talkum Berisiko Sebabkan Kanser Ovari

Penggunaan bedak talkum ini sangat popular dikalangan bayi, kanan-kanak dan juga wanita. Ia boleh dikatakan telah menjadi rutin harian bagi mereka untuk menyapu bedak diseluruh badan termasuklah di bahagian alat sulit untuk mengelakkan ruam terutamanya pada bayi.

Tetapi tahukan anda bahawa perbuatan ini dapat mengundang penyakit kanser yang merbahaya. Menurut kajian yang telah dijalankan, ianya berpunca daripada bahan utama yang terkandung dalam bedak talkum iaitu magnesium silicate hydroxide atau lebih dikenali sebagai talc. Talc ini adalah ramuan paling utama didalam semua bedak tak kiralah bedak wangi, bedak berubat mahupun bedak bayi.

Sejak dari dahulu lagi talc telah dikenal pasti oleh para pengkaji sebagai bahan beracun yang boleh menyebabkan tumor dalam ovari dan juga paru-paru. Mereka telah menemukan zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan mendapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka.

Terdahulu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah mendedahkan bahawa wanita yang menggunakan bedak talkum 40% lebih berisiko untuk menghidap penyakit kanser ovari. Mereka juga memaklumkan bahawa zarah talc ini boleh sampai ke sistem pembiakan dan akan terbenam dalam lapisan ovari.

Ianya dibuat berdasarkan satu kajian dari sebuah Sekolah Perubatan Harvard di Boston dimana telah terbukti pemakaian bedak talkum walaupun seminggu sekali akan menambahkan lagi risiko dari terkena kanser ovari berbanding dengan wanita yang langsung tidak menggunakannya.

Bukan itu sahaja, malah debu putih halus yang terhasil daripada talc ini juga akan mengundang masalah kepada paru-paru dan sistem pernafasan kerana kandungan silika dan asbestos didalamnya. Bayi atau sesiapa sahaja yang menghidunya akan terdedah kepada masalah laluan udara yang membengkak lalu mendapat pneumonia.

Pengguna dinasihati supaya memakai bedak yang diperbuat daripada tepung jagung ataupun tepung beras bagi mengelakkan permasalahan ini. Untuk bayi pula, sebaiknya gunakan minyak sapu berbanding bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam.

Penemuan merbahaya ini bukanlah sesuatu yang baru, kerana sejak dari tahun 2009 lagi kita telah sering diingatkan supaya tidak menggunakan bedak talkum. Ini berkaitan dengan kes seorang wanita mati menderita kanser ovari dan menyebabkan syarikat Johnson & Johnson terpaksa membayar pampasan yang tinggi kepada keluarga mangsa. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *