Besi tertusuk belakang leher tembus ke mulut

ANDHRA PRADESH – INDIA. Keadaan Suresh bersama sebatang besi yang tertusuk dari belakang leher sehingga terkeluar di bahagian mulut mengerikan sesiapa yang melihat.

Menurut laporan Independent, mangsa yang berusia 35 cuba mengelak perlanggaran dengan sebuah motosikal tiga roda sebelum kejadian di Andhra Pradesh berkenaan.

Selanjutnya, mangsa terjatuh pada beberapa bahan pembinaan yang terletak di tepi jalan, sekaligus ditusuk batang besi tersebut.

Pengguna jalan raya lain membantu Suresh yang masih sedar dan tidak pengsan walaupun berada dalam keadaan mengerikan.

Suresh yang bekerja sebagai petani kemudian dibedah dan doktor berjaya mengeluarkan batang besi tersebut.

Kata Suresh, beliau rasa seperti beliau ‘pengsan’ dan tidak sedar bila dia dibawa ke hospital Kakinada.

“Saya sangat-sangat berterima kasih kepada orang ramai yang membantu menyelamatkan nyawa saya.

“Doktor kata saya dibawa ke hospital tepat pada masanya, dan sebab itu saya berjaya diselamatkan,” jelas Suresh.

Kejadian berlaku 18 November lalu di national Highway 216.

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *