Betul Ke Anak Sulung Lebih Tegas Dan Ego?

Siapa sini anak sulung dalam keluarga? Betul ke selunya anak sulung ni sering dikatakan mempunyai sifat keras kepala dan ego?

Sebenarnya anak sulung ni merupakan anak yang paling istimewa tau berbanding dengan anak-anak yang lain. Anak sulung adalah pelengkap sebuah ikatan suci perkahwinan.

Menurut Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, anak sulung selalunya lebih cemerlang berbanding adik beradik yang lain. Tak kiralah dirumah ataupun disekolah, anak sulung kebiasaanya mempunyai sifat yang tenang, mudah diajak berbincang dan bertolak ansur.

Anak sulung juga dikatakan mempunyai kebolehan untuk memujuk orang serta mengawal situasi yang menyulitkan. Beliau mengatakan lagi, anak sulung sangat pandai bermain dengan kata-kata. Sifat ramah itu membuatkan mereka mudah didekati dan membolehkan mereka mengawal sesuatu keadaan.

Walaupun begitu, anak sulung juga dikatakan memiliki ego yang tinggi. Walaupun boleh bertolak ansur tetapi mereka juga boleh dikatakan agak degil dan sedikit ego dalam segala hal. Mereka juga sangat tidak suka diarah-arahkan dan tidak mahu dipandang rendah dalam segala perkara.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah juga mengatakan anak sulung selalunya lebih tegas berbanding dengan adik beradik yang lain. Mereka lebih terserlah dengan karaktor sebagai ketua dan rasa bertanggungjawab kepada keluarga.

Sebagai orang yang pertama lahir didalam keluarga, anak sulung sering dilihat bijak dalam menguruskan segala hal berbanding adik beradik yang lain. Mereka juga mahu adik beradik di bawah jadikan mereka sebagai contoh. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *