Biji Betik Mampu Ubati Sembelit Dan Masalah Kecacingan

Selalunya kalau makan buah betik bijinya mesti kita buang kan.., paling tak pun kita tanam je belakang rumah. Tapi sebenarnya biji betik mempunyai banyak khasiat dan boleh dijadikan ubat untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.

Antara manfaat yang boleh anda dapat dari biji betik adalah;

1. Menurunkan Berat Badan

Terdapat beberapa lipida sihat dan potassium yang boleh didapati dalam campuran biji betik dan madu. Ianya dipercayai dapat meningkatkan metabolisma dan membantu menurunkan berat badan. Sangat sesuai untuk orang yang mahu berdiet.

2. Membunuh Cacing Dalam Perut

Jika anda suka makan makanan mentah ataupun makanan yang tidak tahu kebersihannya maka berwaspada lah untuk cacing masuk kedalam perut. Dengan memakan biji betik boleh mencegah pembiakan cacing didalam perut anda dan menghilangkan cirit-birit.

3. Membentuk Otot

Campuran biji betik dengan madu sangat bagus untuk membentuk otot kerana ia mengandungi kandungan protein yang banyak. Ia boleh membuatkan anda mendapatkan otot yang tegap dan sado.

4. Melegakan Demam

Biji betik sememangnya kaya dengan antioksidan yang tinggi yang boleh membuatkan sistem kekebalan tubuh menjadi lebih kuat untuk melawan jangkitan virus dan demam.

5. Bersihkan Racun Dalam Sistem Pencernaan

Kandungan antioksidannya juga dapat membersihkan racun didalam sistem pencernaan. Campuran betik dengan madu dijamin dapat mencegah sembelit dan masalah pencernaan lain yang sering dihadapi. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *