BTS Dianggap Kumpulan KPOP Paling Berpengaruh

Selepas mengembangkan karier mereka ke tahap antarabangsa di pentas American Music Awards lalu, kumpulan idol terkenal Korea Selatan, Bangtan Boys (BTS) kini telah mendapat gelaran baru dari industri hiburan Amerika Syarikat iaitu ‘Kumpulan K-Pop Terbesar Di Dunia’.

Menurut Koreaboo, produser E! News, Will Marfugi, journalis hiburan, Sibley Scoles, serta wartawan, Melanie Bromley bersetuju yang kemunculan permulaan BTS di pentas American Music Awards adalah sangat memukau.

Malah, Bromely turut mengatakan yang meskipun dia tidak tahu apa-apa mengenai BTS tetapi dia sangat menyukai kumpulan itu dan ingin mengetahui segala-galanya mengenai mengenai kumpulan yang terkenal dengan lagu seperti ‘Dope’, ‘Fire’ dan ‘DNA’ itu.

Selain itu, Marfuggi juga turut mengatakan yang BTS adalah salah satu boy band Korea Selatan yang paling terkenal di dunia. Namun, BTS bukanlah artis Korea pertama yang paling berpengaruh didunia.

Ini kerana, menurut senarai 100 individu yang paling berpengaruh di dunia pada tahun 2016, kumpulan BigBang dan juga CL dari kumpulan 2NE1 turut pernah tersenarai. Namun, nampaknya, BigBang perlu akur yang gelaran itu kini milik BTS.

Bukan itu sahaja, pencapaian BTS di Hollywood juga semakin meningkat kerana selain termasuk dalam senarai 25 Individu Paling Berpengaruh di Internet, kumpulan itu juga telah memenangi anugerah ‘Top Artist’ di Billboard Music Award 2017 yang lalu.

Pasti itu adalah detik yang paling mengembirakan dan membanggakan buat kumpulan BTS dan juga peminat mereka (Army) kerana semua orang tahu yang tidak mudah untuk mencipta nama di Hollywood dan BTS telah berjaya melakukan itu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *