Buat 5 Perkara Ini Selepas Makan Jika Mahu Gemuk

Siapa yang setiap kali masuk tahun baru azamnya tak pernah berubah iaitu nak kurus. Tapi dari awal tahun sampai dah nak masuk tahun baru berikutnya masih lagi tak kurus pun. Macam mana nak kuruskan kalau setiap kali tengok makanan je mesti menggelupur nak makan kan! Lepas kekenyangan baru nak menyesal.

Sebenarnya nak kurus ni senang je, cuma kena betul-betul istiqomah. Paksa diri untuk menahan daripada godaan makanan-makanan sedap yang mengganggu hidup kita tu. Di bawah ni ada beberapa perkara yang mesti dielakkan selepas makan. Tapi kalau nak maintain gemuk sila la buat selalu ye;

1. Mandi

Kalau nak kurus, jangan mandi selepas makan tau. Ye la memang kadang-kadang tu kita berpeluh-peluh bila tengah makan tambah pulak kalau makanan tu pedas tapi sedap. Mandi lepas makan ni akan memperlahankan proses pencernaan dan akan membuatkan badan bertambah gemuk. Ia juga akan menurunkan suhu dalam badan dan akan melambatkan tindak balas metabolisma pada tubuh.

2. Senaman Berat

Buat senaman berat selepas makan akan menyebabkan perut mengalami kekejangan. Ini kerana suhu dalam badan akan meningkat dan menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Bahaya ni! Boleh masuk hospital.

3. Merokok

Ramai yang suka merokok selepas makan kan. Rasanya dah jadi tabiat manusia lepas makan je mesti kena hisap rokok. Awas ye merokok akan meningkatkan lagi kadar asid dalam darah tau. Ia juga akan mengganggu sistem pencernaan dan berisiko besar untuk dapat berat badan berlebihan.

4. Tidur

Tidur selepas makan..ni memang nikmat. Perut kenyang je mata pun mulalah nak pejam. Tapi yang tak bagusnya ia akan menyebabkan perut kembung dan juga mengganggu proses pencernaan. Kalau nak tidur jugak tidur lah selepas dua hingga tiga jam selepas makan okay.

5. Buka Butang Seluar / Tali Pinggang

Haa jangn sesekali buat macam ni sebab nanti otot perut akan makin kendur dan semakin buncit. Memang la lega kalau dapat bukak butang seluar tu lepas kekenyangan melantak makanan tapi risiko dia tu alahai ngerinya.

Lima perkara penting ni kalau dielakkan mesti berat badan korang takkan sewenang-wenangnya bertambah tau. Tapi exercise dengan amalkan pemakanan yang seimbang pun penting untuk kuruskan badan. Apa-apa pun berusahalah jangan mudah putus asa. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *