Buat Sendiri Jus ‘Pencuci Buah Pinggang’ Dan Lawas Kencing

Pernah kan dulu-dulu mak kita selalu pesan supaya jangan tahan kencing nanti kena batu karang. Kencing atau sistem urinari adalah sistem perkumuhan yang sangat penting untuk badan manusia.

Disini terdapat perkongsian daripada Puan Hafiezah Abu Zarin yang merupakan seorang pesakit batu karang melalui laman facebook beliau tentang bagaimana cara untuk mencuci buah pinggang dan pundi kencing.

Resepi ini bukan sahaja untuk pesakit batu karang malah yang sihat wal’afiat juga boleh amalkan supaya dapat menjaga kesihatan dari peringkat awal lagi.

Kepada mereka yang mempunyai masalah kencing tidak lawas, rasa sakit sewaktu buang air kecil, kencing kotor dan apa sahaja sakit yang berkaitan dengan pundi kencing atau buah pinggang harus mencuba resepi terbaik ini.

Bahan-bahannya:

1 biji epal hijau (tak payah buang kulit)
1 inci timun (buang kulit)
1 inci lobak putih (buang kulit)
1 inci celery
1 gelas air masak

Cara penyediaanya:

Satukan kesemua bahan diatas kedalam pengisar. Kisarkan sehingga halus kemudian tuang ke dalam cawan terus dan tak perlu ditapis. Minum dan amalkan selama 30 hari berturut-turut. Sehari cuma perlu minum satu kali sahaja.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba ye. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *