Bunuh bekas isteri dan 2 anak termasuk bayi 10 bulan pada hari krismas

SEORANG wanita bersama dua anaknya termasuk seorang bayi perempuan 10 bulan ditembak mati pada hari Krismas di sebuah pangsapuri di Phoenix, kata polis.

Jurucakap Jabatan Polis Phoenix, Sarjan Jonathan Howard berkata, pihaknya bagaimanapun berjaya menahan suspek tanpa sebarang kecederaan sebelum berlaku insiden berbalas tembakan antara lelaki itu dengan pihak polis.

Difahamkan suspek merupakan bekas suami kepada wanita itu manakala kedua-dua kanak-kanak malang yang turut dibunuh adalah anak lelaki terbabit.

Howard berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar pukul 3.45 petang pada Isnin dan bergegas ke pangsapuri berkenaan sebelum menemui mayat wanita tersebut di tempat letak kereta.

Kata Howard lagi, suspek telah mengambil dua tebusan kanak-kanak di sebuah pangsapuri sebelum rundingan dengan pegawai polis dilakukan.

“Ketika rundingan dibuat, suspek memaklumkan telah membunuh dua anaknya selain mengancam pegawai lain.

“Selepas hampir enam jam, para pegawai melihat mayat bayi di dalam unit itu sebelum suspek mula menembak ke arah polis hingga menyebabkan kecederaan pada pegawai polis,” katanya.

Tambah Howard, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan kesihatan hingga memaksa suspek turut membunuh dua anaknya.

Sumber – penmerahpress

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *