Camila Cabello Anggap BTS Sangat Berbakat Dan Bijak

Dalam temubual bersama Teen Vogue, penyanyi lagu ‘Havana’, Camila Cabello sekali lagi berkongsi rasa cintanya kepada ahli kumpulan BTS dan turut menceritakan mengenai pandangannya terhadap kumpulan sensasi Korea Selatan itu.

Menurut Camila dia percaya yang secara umumnya media sosial dan internet telah merobohkan dinding diantara budaya, bahasa serta orang dan membuatkan kita bersatu. Jadi, kemasukkan industri Kpop dalam arena muzik mainstream Amerika adalah sesuatu yang patut diraikan.

Dan, sewaktu ditanya adakah dia peminat BTS, Camila dengan pantasnya menjawab yang dia adalah peminat BTS kerana merasakan kumpulan itu adalah tersangat-sangat berbakat dan peminat-peminatnya juga turut sama meminati BTS.

Jelas Camila, sewaktu dia melihat BTS membuat persembahan di American Music Awards lalu, dia merasakan yang itu adalah salah satu persembahan yang terbaik pada malam itu dan semua orang kelihatan benar-benar teruja melihat persembahan BTS.

Malah, Camila turut mengatakan yang dia benar-benar menghormati persembahan berkualiti tinggi yang BTS hasilkan disetiap persembahan mereka.

Namun yang sebenarnya, Camila telah bertemu dengan BTS pada bulan Mei lalu semasa di Billboard Music Awards dimana salah seorang ahli kumpulan BTS iaitu V telah memberitahunya secara peribadi yang dia sangat menyukai suara Camila.

Wow, adakah itu semua petanda yang peminat BTS bakal menyaksikan kolaborasi diantara BTS dengan Camila Cabello. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *