Campuran kimia potassium cyanide dalam darah penjenayah perang

THE HAGUE – BELANDA. Penjenayah perang yang maut akibat meminum racun semasa perbicaraan 29 November lepas disahkan meminum campuran kimia potassium cyanide.

“Keputusan awal ujian toksikologi menunjukkan terdapat kandungan potassium cyanide dalam darah Slobodan Praljak,” kata pendakwaraya Belanda dipetik laporan AFP.

Kata pendakwaraya lagi, kehadiran campuran kimia tersebut menyebabkan kegagalan fungsi jantung yang menunggu pengesahan sebagai punca kematian Praljak.

Praljak meminum campuran kimia berkenaan sebagai tanda bantahan terhadap hukuman 20 tahun penjaranya yang diberikan hakim dalam perbicaraan Tribunal Jenayah Antarabangsa minggu lalu.

 

Pendakwaraya, Marilyn Fikenscher mengesahkan proses autopsi telah tamat tetapi pihaknya masih ‘menunggu keputusan’.

Fikenscher juga tidak memperincikan maklumat mengenai tahap potassium cyanide yang ditemui dalam darah Praljak.

“Ini cuma keputusan awal, kami masih menunggu keputusan autopsi penuh. Bukan selalu terjadi kes bunuh diri sebegini,” kata Fikenscher.

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *