Cara elak diri dari menjadi mangsa scam

Hampir setiap hari rakyat Malaysia akan mendengar berita ramai orang telah menjadi mangsa scam panggilan palsu. Terdapat banyak cara yang dilakukan sindiket panggilan palsu dengan menyamar sebagai pegawai polis, mahkamah, dan banyak lagi hanya kerana mahu menipu orang ramai.

Teknologi yang semakin moden dan canggih ini ramai orang masih tidak sedar nombor telefon dan data peribadi kita mudah untuk diperolehi oleh penjahat. Apabila sudah mendapat data peribadi kita, memang mudah mereka mahu melakukan sindiket penipuan.

Untuk elakkan dari menjadi mangsa scam, ini terdapat beberapa langkah yang anda boleh lakukan.

1. Jangan Jawab Panggilan Antarabangsa

Sebenarnya scam panggilan palsu ini mula dilakukan oleh scammer luar negara. Jadi kalau anda ada menerima panggilan telefon dari nombor telefon luar negara yang tidak dikenali lebih baik tak payah jawab.

2.Jangan berikan sebarang maklumat peribadi

Jika antara melayari sebarang laman web dan meminta maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, password perbankan online, kod CVV pada kad bank atau nombor TAC jangan terlalu mudah memberikan semua maklumat itu.

Maklumat peribadi ini adalah lebih baik disimpan untuk kegunaan anda sahaja dan jangan sesuka hati memberikan maklumat itu pada sesiapa terutamanya semasa dalam talian.

3.Catat Segala Maklumat Pemanggil

Jika anda ada menerima panggilan telefon yang mendakwa mereka adalah pihak dari bank, mahkamah atau polis, catatkan segala butiran pihak yang menghubungi anda itu.

Jangan panik jika anda digertak oleh pemanggil mendakwa anda ada membuat pinjaman atau terlibat dengan kes wang haram atau jenayah besar. Semak nombor telefon itu dan hubungi nombor telefon rasmi pihak penguatkuasa undang-undang dahulu sebelum melakukan sebarang urusan dengan pemanggil.

4. Jangan Muat Turun Aplikasi Yang Mencurigakan

Ramai yang mengambil mudah perkara ini dan sesuka hati memuat turun aplikasi yang mengandungi Malware atau Spyware. Perkara ini boleh menyebabkan butiran peribadi anda terdedah.

Pastikan setiap kali mahu memuatnaik sebagai aplikasi itu adalah aplikasi rasmi daripada syarikat terbabit.

5.Hubungi Talian Khidmat Pelanggan

Langkah lebih mudah jika terima panggilan yang mencurigakan, anda boleh terus hubungi talian khidmat pelanggan.

Pastikan talian khidmat pelanggan itu adalah talian yang betul dengan melayari laman web rasmi mereka.

Apapun, penjahat ini mempunyai banyak cara yang mereka akan cuba lakukan untuk menipu mangsa. Ramai yang menjadi mangsa panggilan palsu kerana panik dituduh terlibat dengan jenayah besar seperti wang haram, kad kredit, dan pinjaman bank.

Tanpa menyelidik dahulu sama ada itu panggilan palsu, ramai yang telah menjadi mangsa kerugian wang ribuan ringgit setelah memindahkan sejumlah wang ke akaun bank yang diberikan penjenayah. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *