DAP akan anak tirikan bangsa melayu jika terus dibenarkan memerintah P.Pinang. #PAU2017

Selain dari bersikap diktator yang langsung tidak boleh ditegur, Ketua Menteri DAP Pulau Pinang Lim Guan Eng juga mempunyai perangai bermuka-muka dan pandai berlakon untuk meraih kepentingan politik peribadinya.

Itu yang didedahkan oleh Perwakilan UMNO Pulau Pinang, Datuk Haji Mohd Zaidi Mohd Said semasa sesi perbahasan ucapan dasar Presiden di Dewan Merdeka hari ini.

Menurut beliau, Guan Eng pandai mengambil peluang ketika peristiwa banjir di negeri itu baru-baru ini dengan menularkan video sedihnya pada pukul 3 pagi untuk mencari populariti murahan.

“Pada 5 november pada pukul 3 pagi, Guan eng mencatatkan rekod baru dengan menghubungi YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menganggu mimpi Datuk Seri yang ketika itu berada di Kuching Sarawak..”

“Guan Eng dengan penuh perasaan, merayu kepada Zahid agar membantu P.Pinang yang pada ketika itu katanya telah tenggelam dan rakyatnya sedang ditimpa kejadian yang luar biasa.., menangis ketua menteri ini Tuan-tuan..” ujar Zaidi kepada seluruh perwakilan.

“Maka macai-macainya pun membuat satu video yang kemudiannya diviralkan.. belum subuh lagi video itu dah bertalu2 masuk kedalam telefon kita..”

“Penuh gambar muka ketua menteri yang kononnya sedang bersedih, merayu-rayu kepada kerajaan persekutuan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Merayu DS Hishamuddin untuk bantu P.Pinang..” kata Zaidi yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh.

Kelakuan Guan Eng itu bagaimanapun ditempelak oleh pelbagai pihak kerana bantuan dari ATM sudahpun dikerah ke Pulau Pinang seawal pukul 12 tengah malam lagi. Mustahil Guan Eng tak tahu tentang perkara ini melainkan beliau hanya bersandiwara politik.

Zaidi turut menjelaskan bagaimana Adun-adun PKR dan juga DAP di Pulau Pinang dipinggirkan oleh Guan Eng hanya kerana tidak sependapat dengannya didalam hal pentadbiran negeri.

“Adun Penanti, Kebun Bunga dan juga Tanjung Bungah disisihkan dan diketepikan hanya kerana mereka tak sehaluan dengan Guan Eng didalam soal rakyat..”

“Inilah bukti bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu bersikap diktator dan juga langsung tak boleh ditegur..” jelas Zaidi.

Kekalahan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang iaitu P Ramasamy didalam CEC DAP baru-baru ini juga disentuh oleh perwakilan Pulau Pinang tersebut.

“Masyarakat India di Pulau Pinang bersedih apabila pemimpin mereka ditewaskan semasa pemilihan DAP. Ini menunjukkan bahawa parti DAP adalah perkauman dan bukan sebuah parti berbilang kaum seperti yang mereka laung-laungkan..”

“Kita minta simpang jika ini berlaku, tetapi cuba bayangkan jika mereka memerintah negara ini, bayangkan apa yang berlaku kepada segala yang kita buat selama ini..”

“Apa yang berlaku di Pulau Pinang ini harus dijadikan pengajaran.., bukan sahaja kepada rakyat Pulau Pinang, tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa DAP adalah sebuah parti yang benar-benar akan meng’anaktiri’kan bangsa lain terutamanya bangsa melayu..” tegas Zaidi. – UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *