DAP bawa banyak bencana kepada rakyat Pulau Pinang

Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan menyifatkan kerajaan DAP hanya membawa banyak bencana kepada rakyat di negeri Pulau Pinang sejak mereka mengambil alih pentadbiran negeri itu pada 2008.

Beliau berkata, DAP yang memerintah negeri itu selama sembilan tahun gagal melaksanakan janji-janji manifesto mereka sepertimana janji-janji mereka kepada rakyat negeri Pulau Pinang pada pilihan raya umum yang lepas.

“Antara janji-janji DAP jika mentadbir Pulau Pinang, mereka akan memberikan parkir percuma kepada rakyat, tetapi hari ini apa sudah jadi? Mereka bukan sahaja tidak mengotakan janji mereka itu, malah harga parkir di Pulau Pinang semakin meningkat tinggi.

“Begitu juga dengan harga sewa tapak perniagaan yang dinaikkan hampir 200 peratus oleh kerajaan Dap.

“Begitu juga dengan tarif air, sepanjang 10 tahun kerajaan DAP memerintah Pulau Pinang, tarif air sudah dinaikan sebanyak tiga kali. Saya difahamkan, kerajaan negeri juga berhasrat untuk menaikkan lagi tarif air pada tahun depan,” katanya.

Inilah padah yang diterima rakyat negeri Pulau Pinang kerana DAP sememangnya parti yang tidak boleh dipercayai. Mereka akan bermuka-muka dan menabur janji manis untuk mendapatkan sokongan rakyat. Tapi selepas dapat apa yang mereka mahukan, segalanya akan berubah.

DAP merupakan parti hipokrit dan cakap berbelit. Memang wajarlah apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digelar lidah bercabang umpama biawak kerana cakap tidak serupa bikin. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *