DAP mahu jadikan Malaysia negara republik?

Hasrat parti DAP yang diterajui Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mahu menguasai negara sememangnya jelas dilihat dari segala tindak-tanduk mereka selama ini. DAP sebenarnya mempunyai cita-cita mahu memerintah Malaysia dengan cara mereka.

Sebab itu dalam Pakatan Harapan, DAP sebenarnya yang berkuasa bukan parti ahli didalamnya seperti PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM. Parti lain hanya mahu menumpang kuasa sahaja.

DAP ada cita-cita besar dan bernafsu untuk kuasai negara ini dengan cara mereka. Lebih jelas DAP mahu menguasai negara apabila slogan ‘Negara Ini Kita Punya’ yang dikatakan untuk membantu calon DAP Parlimen Bentong, Wong Tack dalam mencari 400 Polling, Counting and Barung Agent (PACABA) untuk parlimen tersebut.

Slogan ‘Negara Ini Kita Punya’ menunjukkan parti yang majoritinya kaum Cina itu mempunyai cita-cita untuk memerintah negara ini sebagaimana data Ahli Parlimen PRU 13 membuktikan DAP merupakan parti dominan di kalangan parti-parti pembangkang.

Meskipun pakatan pembangkang mencalonkan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Timbalan Perdana Menteri, namun ia tidak dapat memadamkan fakta di Parlimen sebelum ini bahawa DAP memiliki 37 kerusi; PKR (29), Amanah (6) dan PPBM hanya satu kerusi sahaja.

Walaubagaimanapun, seorang pengguna laman sosial Facebook yang dikenali sebagai Puteri Sachi II merumuskan bahawa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), satu undi untuk Pakatan Harapan bermakna satu undi ke arah memperkasakan DAP ke arah menubuhkan Negara Republik.

Ini kerana impian DAP untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Republik pernah diakui oleh Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang sendiri.

Kit Siang yang juga Ketua Ahli Parlimen DAP berkata negara Republik Indonesia yang berasaskan prinsip Pancasila jauh lebih baik daripada Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi Raja Berpelembagaan. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *