Ahli Dap ‘pecah pekung’, Kit Siang memang mahu jadi PM.

Sikap Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng serta bapanya membuatkan ramai ahli DAP tidak berpuas hati dan memberontak.

Itu yang didedahkan oleh bekas Adun DAP Jawi, Tan Beng Huat selepas mengumumkan tindakan beliau meninggalkan parti yang disertai sejak 10 tahun lalu.

Menurut beliau, Guan Eng serta bapanya hanya memikirkan hal menaikkan ‘Dinasti Lim’ dalam DAP. Tindakan kedua anak beranak itu dianggap telah menimbulkan pelbagai masalah didalam pentadbiran DAP.

Beng Huat yang berkhidmat sebagai ADUN selama satu penggal mulai 2008 juga mendedahkan bahawa Lim Kit Siang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan berjaya menawan Putrajaya.

Walaupun Kit Siang dan beberapa pemimpim DAP menafikan perkara berkenaan sebelum ini, Beng Huat menegaskan perkara berkenaan sememangnya wujud.

“Kami (ahli parti) sudah beberapa kali mendengar Kit Siang meletakkan harapan mahu mengetuai negara dari dahulu lagi.

“Sekarang saya bimbang memikirkan apa yang akan terjadi jika dia berjaya mencapai cita-citanya itu.

“Dia (Kit Siang) bukan sahaja tidak bertolak-ansur, dia juga diktator. Cuba lihat apa yang dia dan anaknya lalukan terhadap mereka yang menentang,” katanya kepada media.

Menurut bekas Adun DAP berkenaan, cita-cita Kit Siang tidak ubah seperti yang dilakukan oleh Mahathir dan para kroninya selama 22 tahun.

Mahathir yang kini menjadi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), menyertai Pakatan pembangkang kerana mahu memastikan anaknya, Mukhriz berkuasa didalam arena politik Malaysia.

“Mereka berdua (Dr Mahathir dan Kit Siang) adalah sama, hanya berminat membina ‘dinasti keluarga’ bagi memenuhi tujuan politik,” katanya.

Beng Huat sebelum itu mengumumkan keluar dari DAP bersama 100 ahli dan penyokong DAP Nibong Tebal kerana menganggap DAP bukan lagi ‘bumbung yang selamat’ bagi mereka berteduh.

Selain dari mendedahkan wujudnya elemen ‘dinasti keluarga’ didalam pentadbiran DAP, Beng Huat juga menjelaskan bahawa prinsip serta ideologi sosialis demokrat yang diamalkan parti itu sudah berubah selepas DAP menerajui Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Prinsip ideologi yang selama ini diperjuangkan oleh DAP juga didakwa tidak lagi menjadi keutamaan, selain jasa ahli veteran dilupakan terus oleh parti dibawah pentadbiran ‘Dinasti Lim’.

“DAP kini lebih menjerumus kepada satu parti yang dikuasai ‘dinasti keluarga’ dengan sikap ego, bongkak serta sombong mula meresap ke dalam pentadibiran DAP.

“Sampai hari ini, tahap keegoan dan sombong mereka semakin kronik bila rakan kongsi mereka daripada PKR, yang menyumbang 10 kerusi DUN turut diperlekehkan dalam beberapa isu membabitkan soal pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

Beliau juga menyatakan, sokongan ahli dan masyarakat Cina, khususnya di Pulau Pinang terhadap DAP sudah merosot apabila kepemimpinan tertinggi DAP sanggup bersekongkol dengan Dr Mahathir demi mereliasasikan impian masing-masing.

“Secara ikhlas, saya juga menjadi mangsa percaturan politik ‘dinasti keluarga’ itu apabila pada saat akhir digugurkan sebagai calon pada PRU-13, tanpa alasan munasabah ketika pengundi masih memerlukan khidmat saya.

“Sudah tiba masanya pengundi Cina menilai kembali masa depan dan hala tuju daripada berterusan memberi sokongan membuta-tuli terhadap parti yang terlalu banyak bersandiwara dan membawa kepada unsur korupsi tegar sehingga Ketua Menteri Pulau Pinang didakwa atas tuduhan rasuah,” ujar beliau. – UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *