Disney bakal keluarkan matawang Star Wars sempena sambutan ke-40 tahun

LONDON: Peminat tegar Star Wars berpeluang memiliki matawang sendiri apabila Disney dengan kerjasama pengeluar wang kertas De La Rue bakal mengeluarkan matawang Star Wars.

Wang kertas istimewa itu adalah hadiah kepada peminat Star Wars sempena sambutan ke-40 tahun saga futuristik itu.

Wang kertas itu bagaimanapun tidak laku untuk diniagakan dan ia hanya sebagai cenderamata kepada peminat.

Menurut Pengarah Kreatif De La Rue, Julian Payne, paparan wang kertas itu mewakili intipati filem terbaru saga Star Wars, “The Last Jedi” iaitu unsur kebaikan dan kejahatan.

Sisi depannya memaparkan imej Rey dan Luke Skywalker, serta Millennium Falcon, manakala sisi belakang Snoke dan Kylo Ren.

Angka “8” juga diletakkan di beberapa bahagian wang kertas itu secara berulang-ulang, sempena episod kelapan saga Star Wars.

Wang kertas Star Wars akan dipasarkan di ebay.co.uk, dengan hasil kutipannya didermakan kepada Together for Short Lives, badan kebajikan berpengkalan di Britain yang membantu kanak-kanak tidak bernasib baik serta kurang keupayaan.

Sumber – penmerahpress

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *