Dunia Tanpa Wang Tunai Lagi 10 Tahun

Tahu tak mesin ATM pertama dicipta pada tahun 1972 di United Kingdom. Ia merupakan sejenis peranti telekomunikasi berkomputer yang menyediakan transaksi kewangan kepada pelanggan di kawasan tumpuan awam tanpa memerlukan perkhidmatan juruwang ataupun kerani bank.

Jika dikira, telah hampir 46 tahun mesin ATM ini memberi khidmat kepada masyarakat bagi memudahkan urusan kewangan mereka. Tetapi baru-baru ini, menurut John Howells iaitu salah seorang ‘orang kuat’ dalam firma antarabangsa Link memberitahu bahawa mesin juruwang automatik bakal hilang dalam tempoh 10 tahun lagi!

Ini kerana urus niaga yang menggunakan wang kertas tidak lagi diperlukan kerana orang ramai kini telah bertukar kepada transaksi mudah alih dan lebih memilih untuk membeli belah secara dalam talian. Ya, semuanya dengan online sahaja termasuklah bayar bil dan lain-lain lagi.

Oleh disebabkan ini lah Howells percaya yang perkhidmatan ATM tidak lagi menguntungkan dan terpaksa dihentikan penggunaannya. Malah menurut belaiu lagi, masyarakat harus menggunakan cara lain seperti mereka terpaksa memandu jauh ke kedai-kedai runcit untuk mengeluarkan wang memandangkan perniaga-peniaga kecil masih tidak menerima kad kredit ataupun bayaran melalui debit card.

Amaran itu juga telah dikeluarkan berikutan terdapat banyak bank telah menutup cawangan mereka di kawasan bandar dan juga luar bandar dek kerana tidak mendapat keuntungan seperti dahulu.

Disebabkan ini juga, ramai pengguna hanya mengharapkan mesin ATM semata-mata untuk menguruskan urusan keluar masuk duit mereka dengan menggunakan khidmat Cash Deposit Machine (CDM) dan Cheque Deposit. Namun ia turut menimbulkan kebimbangan kepada pengguna yang duduk di kawasan luar bandar.

Walau bagaimanapun, Howells telah memberi jaminan bahawa beliau akan berusaha mengekalkan perkhidmatan mesin ATM secara percuma ini selagi boleh walaupun terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk mengendalikannya. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *