Elakkan Kucing Kencing Merata Dengan Petua Serai

Pencinta kucing memang tak boleh elakkan masalah bau kencing kucing ini. Memelihara kucing ini memang seronok. Boleh hilangkan stress bila si comel datang bermanja-manja dengan kita.

Tetapi, selain daripada alergik terdapat ramai juga orang yang tak mahu bela kucing sebab tak tahan akan bau kencingnya. Selain perlu membersihkan najisnya, bau hancing kencing kucing juga sangat susah untuk dihilangkan.

Walaupun sudah di cuci tapi kadang-kadang baunya seakan masih melekat. Disini kami ingin kongsikan beberapa tips yang berguna untuk pencinta kucing. Masalah bau kencing kucing boleh dihilangkan dengan;

Serai

Beli beberapa ikat serai, potong kecil-kecil dan masukkan ke dalam pengisar. Pastikan serainya banyak ya. Kisar halus kemudian tapis dan masukkan ke dalam botol. Ataupun anda juga boleh beli apa sahaja produk yang diperbuat daripada serai ataupun serai wangi dan semburkan di kawasan kencing kucing itu.

Lada Hitam

Masukkan 2 sudu lada hitam kedalam air yang sedang mendidih. Biarkan seketika kemudian masukkan ke dalam botol dan semburkan pada tempat yang kucing anda sering kencing.

Toilet Training

Latih si comel anda untuk membuang air di dalam bekas berisi pasir ataupun ‘litter box’. Jangan risau jika kerap di ajar, kucing anda akan dengan rela hati pergi gunakan litter box itu.

Belerang

Tabur sahaja belerang pada penjuru dinding rumah anda. Pasti kucing tidak akan datang kencing di kawasan yang diletakkan belerang kerana bau dan sifatnya yang panas itu tidak disukai kucing.

Cuka

Anda juga boleh menggunakan air bercampur beberapa sudu cuka untuk mengelap tempat yang terkena kencing kucing. Ini kerana cuka membantu menghilangkan bau hancing kencing kucing.

Antara yang paling berkesan adalah dengan menggunakan kaedah toilet training kerana kucing adalah binatang yang mempunyai kebolehan belajar dengan cepat. Jika diajar dari kecil, kucing tidak akan kencing atau berak merata. Selamat mencuba! – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *