Elaun tunai RM 600 sebulan untuk pekerja yang hilang pekerjaan

Tahun hadapan, pekerja yang kehilangan pekerjaan akibat pemberhentian kerja dan pengecilan syarikat layak untuk mendapat elaun berjumlah RM600 sebulan dalam tempoh tiga bulan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)

Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed memaklumkan, kerajaan telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM122 juta kepada Perkeso untuk melaksanakan SIP itu.

Beliau berkata, seramai 57,282 pekerja swasta dijangka akan menuntut faedah itu yang melibatkan jumlah lebih RM103 juta tahun depan.

“Melalui program SIP juga, mereka yang menjalani perletakan jawatan secara sukarela (VSS) dan tamat tempoh kontrak perkhidmatan juga layak menerima faedah berkenaan,” katanya

Oleh itu, Perkeso akan membuat roadshow selama sebulan untuk memberi kefahaman mengenai liputan, pendaftaran, caruman, pentadbiran dan penguatkuasaan SIP kepada majikan, pekerja dan kesatuan pekerja di negara ini.

SIP ini akan mula dilaksanakan pada Januari depan sebagai satu langkah keselamatan sosial untuk membantu golongan pekerja swasta yang kehilangan pekerja.

Melalui skim SIP, majikan akan mencarum kadar sebanyak 0.2 peratus dan 0.2 peratus daripada gaji bulanan pekerja.

Malah, Skim itu adalah satu inisiatif perlindungan keselamatan sosial kepada 6.5 juta pekerja swasta tempatan di negara ini supaya nasib mereka sentiasa terbela dan dilindungi.

“Pembayaran faedah SIP bagaimanapun dijangka hanya bermula pada 1 Januari 2019 dan ia membabitkan kemudahan faedah seperti program penempatan semula pekerjaan, elaun mencari pekerjaan dan elaun latihan.

“Selain itu, pembayaran elaun untuk menggalakkan mencari pekerjaan baharu dengan segera, elaun pendapatan berkurangan dan yuran latihan turut diketengahkan dalam sistem insurans berkenaan,” katanya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *