EXO Cuba Tembusi Pasaran Muzik Jepun Dengan ‘Electric Kiss’

Bulan lepas, syarikat pengurusan untuk kumpulan idol terkenal, EXO, SM Entertainment secara rasminya telah mengumumkan yang EXO bakal mengeluarkan album penuh Jepun pertama mereka pada tahun hadapan.

Dan, sebagai mempromosikan album Jepun pertama EXO yang berjudul ‘Countdown’ itu, SM Entertainment telah memuat naik muzik video pendek untuk lagu ‘Electric Kiss’ khas buat peminat-peminat EXO.

Meskipun, baru sehari dimuat naik di YouTube, tetapi muzik video yang berdurasi 2 minit 40 saat itu telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan.

Rata-rata peminat yang meninggalkan komen pada video itu mengatakan yang mereka sudah tidak sabar untuk menunggu album itu keluar tahun hadapan.

Sementara itu, album, ‘Countdown’ EXO akan mengandungi 10 buah lagu termasuklah, ‘Electric Kiss’, ‘Lightsaber’, ‘Tactix’, ‘Into My World’, ‘Lovin You Mo’, ‘Drop That’, ‘Run This’ dan ‘Railway Cosmic’.

Namun, album itu hanya akan keluar secara rasminya pada 24 Januari 2018, jadi sementara menunggu tahun hadapan, mari kita saksikan dahulu muzik video pendek untuk lagu ‘Electric Kiss’. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *