Fasha Sandha Belum Jumpa Lelaki Yang Sesuai

Pelakon serba boleh, Fasha Sanda akui yang dia kini masih lagi solo kerana belum bertemu dengan mana-mana lelaki yang berjaya membuka semula pintu hatinya untuk bercinta selepas bercerai dengan bekas suaminya setahun yang lalu.

Menurut Fasha, jadual kerja yang sangat padat membuatkan dia tidak mempunyai masa untuk mencari teman istimewa.

Tambahan pula, kehidupannya kini bersama dengan dua orang anaknya, Putra Rayfal dan Putri Raysha sudah cukup membahagiakan.

Namun, itu tidak bermakna Fasha tidak didekati oleh mana-mana lelaki, malah, sebelum ini Fasha pernah dikatakan bercinta dengan seorang jejaka bernama Mukhlis Rosdi. Tetapi melihat kenyataan Fasha yang dia masih lagi single jadi, mungkin gosip itu tidak benar.

Selepas apa yang Fasha lalui sebelum ini, pasti agak sukar untuk Fasha membuka hatinya pada mana-mana lelaki.

Tidak mengapa Fasha, soal hati perasaan ini tidak boleh dipaksa, pasti ada jodoh lebih baik yang Allah SWT sudah tetapkan buat Fasha.

Yang penting, Fasha bahagia dengan kehidupan Fasha sekarang dan peminat Fasha pasti sentiasa mendoakan yang terbaik untuk masa depan Fasha Sandha. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *