Fesyen musim sejuk paling aneh ‘stokin gergasi’

PAKAIAN ini mungkin akan menjadi fesyen musim sejuk paling aneh tahun ini dan harus diingat harganya bukan murah!

Wanita yang berminat dengan selendang besar ini perlu membayar sebanyak £208 dengan beberapa gambar menunjukkan si pemakainya kelihatan seperti memakai stokin gergasi.

Pereka pakaian bulu dari Bulgaria, Dukyana adalah insan yang bertanggungjawab mencipta selendang sarung bulu tebal ini, yang dianggap sebagai satu fesyen baharu.

Ia dijual di laman web seperti Etsy dan eBay. Selain dilihat seperti stokin gergasi, ia juga nampak seperti sehelai penutup leher gergasi.

Tetapi para pembeli kurang berpuas hati dengan rekaannya tanpa lengan, tidak menonjolkan bentuk badan dan hanya menampakkan kedutan.

Sementara yang lain berpendapat ia tidak sesuai untuk berjalan jauh.

Seorang netizen berkata: “Ini adalah sejenis ‘straitjacket’ kait…untuk musim sejuk.”

Seorang lagi menulis: “Tak boleh nak kencing pun kalau pakai ni.”

Ada yang menulis: “Ini adalah contoh perkata bodoh.”

Selendang itu telah tular di media sosial dengan orang ramai berjenaka mengenai fesyen musim sejuk versi mereka sendiri. -TheSun

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *