Fibroid Dan Cyst Dalam Rahim Ancaman Kepada Wanita.

Fibroid adalah satu pertumbuhan sel yang tidak normal pada rahim wanita. Saiznya juga boleh didapati sekecil-kecil biji betik sehingga lah sebesar-besar buah tembikai. Walaupun begitu ada juga diantara wanita diluar sana yang langsung tidak mengetahui diri mereka mempunyai fibroid kerana tidak merasa sebarang kesakitan.

Bagi segelintir wanita lain pula, ketumbuhan fibroid dalam rahim akan menyebabkan pendarahan faraj dimana bukan pada waktu period. Sakit belakang dan aliran haid yang banyak untuk satu tempoh yang lama adalah salah satu simptom kemungkinan seseorang wanita itu mengalami ketumbuhan fibroid.

Selain daripada itu sembelit, bengkak di bahagian perut dan merasa sakit di bahagian pelvis juga antara simptom berlakunya ketumbuhan fibroid pada rahim wanita. Ia boleh berlaku kepada semua peringkat usia bagi wanita yang sudah mencapai akil baligh. Tetapi ia juga sering terjadi pada wanita di kalangan usia 30 hingga 50 tahun.

Menurut beberapa kajian, pertumbuhan fibroid ini juga boleh dihalang jika seseorang itu mengamalkan dan melakukan seperti langkah-langkah dibawah;

1. Amalkan minum teh hijau secara konsisten. Ini kerana sifat antioksidan yang terkandung dalam teh hijau dapat mengelakkan daripada terkena fibroid.

2. Kurangkan pengambilan daging merah kerana daging merah sangat menggalakkan pertumbuhan fibroid.

3. Pengambilan vitamin D berupaya mengecilkan saiz fibroid dan juga boleh mengelakkan dari terjadinya fibroid.

4. Perbanyakkan makan ikan salmon, tuna, ikan kembung untuk mendapatkan sumber vitamin D yang asli dan banyak.

5. Kekerapan pengambilan susu, keju dan produk tenusu juga mampu mengelakkan risiko terjadinya fibroid dalam rahim.

6. Selain daripada pemakanan, aktif melakukan aktiviti fizikal juga akan menyukarkan seseorang wanita itu terkena fibroid dalam jangka masa yang panjang. Contohnya melakukan sebarang aktiviti sukan selama 7 jam dalam seminggu.

7. Kajian juga mendapati wanita yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan obesiti berpotensi untuk mendapat fibroid berikutan hormon estrogen meningkat.

Oleh disebabkan itu, para wanita diluar sana dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan pap smear di mana-mana hospital bagi mengelakkan terjadinya penyakit yang tidak diingini. Mencegah kan lebih baik daripada merawat. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *