‘Gadis super’ mampu angkat beban sehingga 165kg

NEW JERSEY, Amerika Syarikat – Seorang remaja di sini digelar ‘gadis super’ apabila mampu mengangkat bebanan sehingga 165 kilogram (kg).

Naomi Kutin, 16, yang kini sedang belajar Sekolah Tinggi Ma’ayanot Yeshiva mula menyertai sukan angkat berat sejak berusia lapan tahun ketika dibesarkan di bandar Teaneck di sini.

Semasa berumur 10 tahun, dia memecahkan rekod dunia apabila berjaya mengangkat beban dua kali ganda berbanding berat badannya.

Pada masa itu, Kutin berjaya melakukan ‘squat’ dengan beban sebanyak 98kg ketika bertanding untuk kategori 44kg walaupun berat badannya hanya 40kg.

Kini, Kutin mampu melakukan ‘squat’ dengan beban 145kg dan mengangkat berat sehingga 165kg.

Berdasarkan keupayaannya yang luar biasa itu, sebuah syarikat televisyen, Independent Lens bakal menyiarkan dokumentari mengenai diri Kutin bertajuk ‘Gadis Super’ yang akan ditayangkan pada 18 Disember ini. – Agensi

Sumber – kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *