Gagal urus kewangan jadi punca gaji sentiasa tak cukup

Masalah gaji yang sentiasa tidak cukup memang akan dikaitkan dengan pengurusan wang, ia adalah cara yang dilakukan untuk menguruskan wang dengan betul. Walaupun gaji dinaikkan dua kali ganda tetap gaji masih tidak cukup disebabkan faktor komitmen bulanan yang semakin tinggi.

Ramai yang tidak sedar punca gaji tidak cukup ini adalah kerana gagal uruskan kewangan dengan betul. Kesannya, ia akan memberi masalah kewangan yang berpanjang.

Perkongsian dari Zaidi Ismail tentang cara yang betul untuk uruskan kewangan supaya gaji anda itu sentiasa cukup walaupun sedikit kerana tidak terikat dengan komitmen yang tinggi.

1. Ramai orang suka guna kaedah pendapatan ditolak dengan belanja baru nak simpan. Cara yang betul sepatutnya pendapatan tolak simpanan barulah baki yang ada dibuat belanja.

2.Ramai orang merasakan perlu berhutang untuk memberi kereta sedangkan apa yang perlu hanya pengangkutan untuk bergerak. Pengangkutan itu tidak seperti perlu berhutang, boleh dibeli secara tunai supaya lebih jimat dan tidak terikat dengan komitmen setiap bulan.

3. Ramai yang rasa menyewa itu membazir dan mengambil keputusan untuk membeli rumah sendiri, akibatnya diri merana disebabkan ansuran bulan terlalu tinggi dari kadar sewaan.

4. Sanggup habiskan duit ribu ringgit untuk renovate rumah sebab fikir harga rumah itu akan meningkat dan pada waktu sama dapat berseronok dengan hasil renovation. Tetapi tidak tahu harga rumah bukan terletak pada renovation rumah sebaliknya pada kaki persegi rumah.

5. Rasa lebih berbaloi beli kereta mahal dari beli rumah yang dikatakan mahal dan tak mampu milik. Sedangkan beli kereta mahal nak menunjuk dan ada sahaja rumah yang mampu untuk dibeli.

6. Membantu ibu bapa dan sahabat itu memang amalan mulia. Tetapi, jangan sampai membantu sehingga membakar diri sendiri. Bantu sekadar mampu jangan sampai membuat loan dan berhutang sehingga menjerat diri sendiri.

7. Buat ‘wedding of the year’ sebab kehendak pasangan sedangkan diri sendiri tak mampu. Akhirnya ambil jalan buat loan dan terpaksa tanggung hutang seumur hidup.

8. Rasa pendapatan yang ada tak pernah cukup sebab tak mampu nak membeli dan berbelanja sedangkan tak sedar langsung tidak pernah menggunakan rezeki yang ada untuk bersedekah.

9. Ramai orang fikir berniaga boleh berjaya seperti usahawan yang sudah bertahun-tahun berniaga. Tetapi, dengan tiada pengalaman sudah mula sombong untuk mencari ilmu perniagaan dengan orang lain yang lebih berpengalaman. Bila perniagaan gagal mula salahkan orang lain yang tak membantu peniagaannya dan hidup terus dibebani dengan hutang.

Sebenarnya amat mudah untuk menguruskan kewangan agar gaji sentiasa cukup. Kita hanya perlu berubah dan istiqomah dalam melakukan perjuangan untuk bebaskan diri dari masalah hutang.

Janganlah sesekali terikat dengan bebanan hutang bulanan yang tinggi hanya kerana mahu nampak mewah dan hebat di mata orang ramai. Semua itu akan menyebabkan diri kita ke lembah hutang sahaja. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *