Gara-Gara G-Dragon Stoking RM7.10 Jadi Fenomena Di Korea

Siapa tidak kenal dengan bintang Kpop terkenal, yang juga merupakan ketua kepada kumpulan Big Bang, G Dragon yang bukan sahaja terkenal di Korea Selatan tetapi juga di seluruh dunia bukan hanya sebagai penyanyi tetapi juga sebagai ikon fesyen.

Disebabkan itu, GD juga telah digelarkan sebagai ‘trendsetter’ utama di Korea kerana apa sahaja yang dilakukan atau dipakai oleh GD, pasti itu akan menjadi ikutan peminat-peminatnya. Malah, bukan itu sahaja, pemilihan filter yang digunakan GD juga turut menjadi pertanyaan netizen.

Semua itu membuktikan yang pengaruh GD kepada peminat-peminatnya tidak bersempadan. Dan, baru-baru ini, satu lagi benda berkaitan GD telah berjaya menarik perhatian dan menambahkan lagi rasa kagum peminat padanya dalam permilihan fesyennya.

Menerusi akaun Instagram-nya, @xxxibgdrgn, GD telah memuat naik gambar kakinya bersama sepasang stoking berwarna hitam yang mempunyai perkataan ‘Kekeke’ atau ‘Hahaha’ dalam bahasa biasa dan stoking telah mencuri perhatian peminat-peminatnya.

Namun, selepas membuat penyelidikan, seorang peminat GD memuat naik bukti mengejutkan mengenai harga sebenar stoking itu yang sebenarnya hanya bernilai 1,900 won atau kira-kira RM 7.10 sahaja.

Ia pasti mengejutkan kerana pasti peminatnya menjangkakan artis terkenal seperti GD akan memakai barang yang berjenama. Tapi, stoking murah seperti itu akan turut sama kelihatan mahal jika dipakai oleh fashionista sebenar seperti GD. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *