Gara-Gara Gangguan Seksual, Peminat Desak Onew Disingkirkan

Selepas empat bulan berehat dari terlibat dengan aktiviti solo atau berkumpulan, beberapa hari lepas, Onew (SHINee) telah memuat naik surat permohonan maaf bertulis berhubung kontroversi gangguan seksual yang melandanya pada awal bulan Ogos lalu.

Dalam surat permohonan maaf Onew yang dimuat naik pada laman web rasmi kumpulan SHINee itu, Onew mengatakan yang dia memohon maaf seikhlas hati pada peminat SHINee yang kecewa dengan insiden yang melandanya dan dia amat menyesali perbuatannya itu.

Namun, permohonan maaf Onew itu ternyata tidak berjaya memuaskan hati peminat-peminat SHINee yang ternyata terlalu kecewa dengan kontroversi itu sehinggakan terdapat beberapa peminat SHINee terus menerus meminta supaya Onew keluar dari kumpulan yang telah dianggotainya sejak 9 tahun lalu.

Sehari selepas permohonan maaf itu dibuat, peminat dari komuniti atas talian bernama ‘DCInside SHINee Gallery’ telah membuat satu permohonan supaya Onew keluar kumpulan itu kerana majoriti peminat SHINee adalah wanita.

Jadi, disebabkan oleh isu gangguan seksual yang dilakukan Onew, ahli-ahli komuniti itu merasakan ia adalah mustahil untuk mereka menerima dan menyokong segala aktiviti Onew yang akan datang.

Menurut kenyataan peminat itu, selain itu, mereka juga merasakan yang insiden gangguan seksual itu juga telah merosakkan reputasi kumpulan SHINee. Oleh itu, sebagai peminat mereka sekeras-kerasnya meminta Onew keluar dari kumpulan SHINee.

Supaya segala aktiviti dan juga perjalanan karier kumpulan SHINee boleh berjalan dengan lancar di masa hadapan tanpa sebarang masalah.  Wah, nampaknya kes ini sudah menjadi besar. Apapun, masih tiada sebarang penjelasan lanjut daripada SM Entertainment berhubung permintaan peminat itu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *