Gaya Hidup Mewah Sheila Majid Yang Sangat Membahagiakan

Beberapa hari lepas, penyanyi Sheila Majid ada memuat naik satu status di Twitter, meluahkan isi hatinya mengatakan kos sara hidup masa kini terlalu tinggi tetapi pekerjaan samakin berkurangan, dan itu telah membuatkan netizen menjadi penat dan terbeban dengan hutang yang mereka tidak lakukan.

Posting yang mendapat 26 ribu retweet (RT) dan 15 ribu likes itu bagaimanapun, telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mempertikaikan tindakan penyanyi itu memuat naik status seperti itu.

Ini kerana, menurut komen netizen, jika dilihat pada gambar-gambar yang Sheila muat naik di Instagram-nya, kehidupan Sheila tiadalah sesusah seperti yang dia katakan di Twitter, malah ia kelihatan sangat membahagiakan.

Mana tidaknya, meskipun menurutnya ekonomi Malaysia makin tenat tetapi Sheila dilihat masih boleh makan di restoran mewah yang menyediakan menu-menu makanan yang semua orang sudah sedia maklum mahal seperti ‘lobster’, bercuti di luar negara dan memotong rambut di salon.

Disebabkan gaya hidup mewah yang dipamerkannya itu, ramai netizen mempertikaikan yang tweet Sheila itu tidak bersesuaian dengan gaya hidup dan fakta sebenar. Malah, ada juga yang persoalkan jika Sheila betul-betul rasakan yang kos sara hidup di Malaysia tinggi, mengapa harga tiket konsertnya dijualkan dalam harga RM98 hingga RM888.

Dan, ke semua 4,000 tiket konsertnya telah habis dijual. Lagi pula, kalau betul lah Sheila prihatin dan ingin bercakap mengenai perjuangan rakyat, Sheila sepatutnya turun padang dan bukan hanya menulis di media sosial. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *