Guan Eng cuba putarbelit perjanjian konsesi tambakan laut

Sudah menjadi kebiasaan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga merangkap sebagai Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memutar belit sesuatu perkara. Itu sebab beliau diberi gelaran lidah seperti biawak kerana percakapannya yang tidak serupa bikin.

Hari ini, Guan Eng menafikan tanah seluas 110 ekar diperoleh secara percuma oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah kerana perjanjian konsesi tambakan laut pesisir pantai Tanjong Tokong yang ditandatangi pada tahun 1992 antara Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Pulau Pinang dengan satu syarikat konsesi.

Malah, Guan Eng juga menuduh kononnya BN Pulau Pinang cuba mengambil kredit atas usaha beliau merunding semula terma perjanjian konsesi.

Bagaimanapun, Pengarah Strategik UMNO Kepala Batas, Azizi Safar membidas kenyataan Guan Eng itu dengan menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak pandai mengira.

“Dalam perjanjian konsesi asal, projek Seri Tanjong Pinang ini terbahagi kepada 2 (DUA) fasa; STP1 seluas 240 ekar dan STP2 seluas 760 ekar. Selain bayaran Hak Menebus Guna Laut, syarikat konsesi juga perlu menyerahkan 10% tanah siap ditambak kepada Kerajaan Negeri.

“KM Lim Guan Eng mengakui akan peratusan ini (% keluasan tanah) dalam sidang media dia walau pun dia kata dia tidak boleh mendedahkan isi kandungan perjanjian berkenaan kerana tidak mendapat persetujuan daripada syarikat konsesi.

“Lim Guan Eng dakwa, mengikut perjanjian lama kerajaan negeri akan hanya dapat 68 ekar tanah saja.

“Saya tidak pasti samada Lim Guan Eng silap kira lagi atau dia tak pandai mengira kalau tak pakai Excel, atau mungkin juga Excel salah kira lagi,” kata Azizi menerusi di laman sosial Facebooknya.

Beliau berkata jika jumlah kawasan tambakan adalah 1000 ekar, maka 10% adalah bersamaan 100 ekar.

Katanya, itulah jumlah keluasan tanah yang perlu diserahkan oleh syarikat konsesi kepada Kerajaan Negeri, bukan 68 ekar saja.

“Kenapa Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang sekarang akan dapat tanah seluas 110 ekar?

“… kerana dalam “rundingan semula” dengan syarikat konsesi E&O, Lim Guan Eng menambah keluasan kawasan tambakan laut. Lim Guan Eng tambah kawasan pesisir pantai Gurney Drive seluas 131 ekar.

“Jumlah keluasan kawasan tambakan untuk fasa kedua STP atau STP2 adalah 891 ekar. Bukan lagi 760 ekar. Ini menjadikan jumlah keseluruhan keluasan projek tambakan laut STP pada 1,131 ekar ( STP1- 240 ekar, STP2-760 ekar & Gurney Drive foreshore – 131 ekar)

“10% dari 1,131 ekar adalah 113.10 ekar! Walla!!,” katanya lagi. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *