Guan Eng dan DAP tak perlu sembunyi belakang rakyat

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan DAP sememangnya bijak mengalihkan isu untuk menampakkan parti lawannya khususnya UMNO dipandang negatif oleh rakyat. Itulah kepakaran parti yang dikuasai kaum Cina ini.

Ini dapat dilihat apabila Guan Eng berkata kononnya UMNO salah menjadikan parti Roket itu sebagai musuh utama dalam pilihan raya umum akan datang.

“Bukan Umno lawan DAP. Sebenarnya Umno yang melawan rakyat Malaysia. DAP cuma salah satu dari empat parti dalam Pakatan Harapan (PH) saja.

“Mereka ini akan kalahkan DAP sebab kami senang dibuli, sebab kami bukan parti berasaskan kaum Melayu, bukan juga parti berasaskan agama Islam,” kata Guan Eng.

Beliau yang juga merangkap sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata demikian ketika mengulas karikatur pemimpin Pakatan Harapan di dinding Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-71 sedang berlangsung minggu ini.

Kata Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, beliau ‘terkejut’ dengan pameran itu bila wajahnya digunakan dalam pameran itu.

Beliau berkata, UMNO sudah ketandusan idea dan main isu agama untuk memecah belah rakyat negara ini.

“Umno dah bankrap idea, main isu perkauman, main isu agama untuk pecah belahkan rakyat.

“Tapi sampai sekarang mereka tak naikkan pula isu GST dan korupsi. Kenapa tidak ada kartun pasal GST?” katanya.

Guan Eng berkata, dalam budaya demokrasi, beliau kononnya tidak kisah dikritik, tetapi kritikan haruslah berdasarkan fakta.

“Rakyat Malaysia perlu bersatu untuk ubah kerajaan, untuk hentikan sikap buli dan keras kepala BN dan Umno.

“Jadi, pada pilihan raya umum nanti, bukannya Umno melawan DAP, tapi Umno melawan rakyat Malaysia. Kami tak akan benarkan mereka tukar naratif dan alihkan tumpuan,” kata lagi.

Walau apa pun, kenyataan Guan Eng itu seperti berkata pada diri sendiri kerana DAP patut sedar bahawa mereka yang sebenarnya membuli rakyat selama ini. Lihat sahaja apa yang berlaku di negeri Pulau Pinang.

Rakyat negeri itu hidup dalam tekanan dan menderita akibat kerakusan dan sikap penting diri Kerajaan DAP Pulau Pinang yang langsung tidak mementingkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat negeri itu.

Jadi, Guan Eng dan DAP tidak perlu sembunyi belakang rakyat untuk menyerang UMNO. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *