Guan Eng patut selesaikan masalah negeri, bukannya sibuk hal Sarawak

Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga merangkap sebagai Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sememangnya jenis suka menyibuk hal pentadbiran negeri orang lain. Masalah negeri di bawah pimpinan beliau sendiri pun banyak tidak diselesaikan.

Kini, Ketua Menteri Pulau Pinang itu pula sibuk-sibuk masuk campur dalam urusan negeri Sarawak.

“DAP akan sentiasa bersama adik kakak kita di Sarawak dengan memberikan sokongan penuh ke atas perjuangan mereka menuntut hak dan kuasa yang semakin terhakis sejak beberapa tahun ini.

“Saya juga ingin mencadangkan supaya kerajaan negeri Pulau Pinang turut membantu jika diperlukan,” kata Guan Eng

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Persidangan Kebangsaan DAPSY di ibu pejabat DAP Di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kata Guan Eng juga merangkap sebagai Ahli Parlimen Bagan, prinsip asas bagi mendaulatkan Perlembagaan Persekutuan adalah lebih penting daripada mendapatkan kelebihan serta partisan politik.

“BN telah menukar karekter dan identiti Perlembagaan Persekutuan berkali-kali sehinggakan ia menjadi berbeza daripada Perlembagaan Persekutuan 1957 yang melahirkan negara ini.

“Adalah penting kita mengambil semula Perlembagaan Persekutuan kita, bukan sahaja untuk diberikan kepada Sarawak, tetapi kepada semua rakyat supaya hak dan kuasa kita kedua-duanya mempunyai makna dan isi,” katanya.

Sepatutnya Ketua Menteri itu selesaikan terlebih dahulu masalah-masalah di Pulau Pinang sebelum menyibuk dalam hal negeri Sarawak. Masalah banjir dan tanah runtuh yang mencetuskan kebimbangan rakyat pun belum diselesaikan, kini sibuk pula dengan hal negeri lain.

Guan Eng patut lebih bertanggungjawab dan prihatin dengan rakyat di Pulau Pinang yang memerlukan Ketua Menterinya lebih bertanggungjawab menyelesaikan hal negeri, bukannya hanya tahu mengelak dan menundingkan jari kepada pihak lain bila masalah timbul. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *