Halau Tikus Dari Rumah Anda Dengan Uncang Teh

Tikus adalah sejenis haiwan makhluk perosak yang sangat dibenci oleh manusia. Tikus juga merupakan binatang yang membawa pelbagai penyakit merbahaya dan kematian serta merosakkan barangan didalam rumah.

Masalah tikus ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika anda tidak berbuat sesuatu malah ia akan bertambah dan beranak pinak didalam rumah. Terdapat pelbagai cara untuk menghapuskan tikus dari bermaharaja didalam rumah anda.

Tahukah anda uncang teh yang telah dugunakan untuk menghalau tikus. Ini kerana papermint yang terkandung didalam uncang teh tersebut akan menyebabkan kegatalan ataupun iritasi kepada hidung tikus. Ia juga akan membuatkan deria bau tikus terganggu dan tidak selesa.

Caranya mudah sahaja, selepas gunakan uncang teh jangan dibuang sebaliknya letakkan beberapa uncang pada kawasan yang sering menjadi tumpuan si tikus ataupun letak sahaja di kawasan penyembunyiannya.

Untuk kesan yang lebih baik, gunakan uncang teh berperisa papermint.

Dengan cara ini tikus-tikus tadi akan segera lari dan berpindah keluar. Selepas hilang semua tikus tersebut, anda disarankan supaya mencuci kawasan-kawasan yang telah menjadi tempat penyembunyian mereka supaya bebas dari bakteria merbahaya.

Selamat mencuba! –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *