Ibu bapa kejam bayi 4 bulan dijatuhkan dan disumbat dalam ketuhar hingga melecur

Gila! Suami isteri di Missouri, Amerika Syarikat (AS), didakwa menyumbat bayi mereka ke dalam sebuah ketuhar gelombang mikro hingga melecur teruk.

Derick Boyce-Slezak dan isteri, Mikala, masing-masing 22, ditahan selepas bayi berusia kurang dari empat bulan itu dibawa ke hospital dengan ruam pada wajahnya.

Memetik The Sun, doktor mendapati ‘ruam’ itu sebenarnya kecederaan bakar darjah kedua dan hasil pemeriksaan lanjut menunjukkan keretakan pada tengkorak mangsa selain mengalami kecederaan otak.

Berdasarkan fakta kes, Derick didakwa menjatuhkan bayi terbabit ketika cuba meniru sebuah iklan televisyen (TV) dan memasukkannya ke dalam ketuhar.

Difahamkan, sebelum itu doktor dimaklumkan pasangan terbabit bahawa luka bakar itu berpunca daripada bahan pencuci.

Bagaimanapun, wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Missouri kemudian berkata, Mikala memberitahu pihaknya, kecederaan pada kepala mangsa adalah disebabkan dia terjatuh ketika Derick cuba meniru sebuah iklan TV.

Mikala juga mendakwa dia percaya Derick memasukkan bayi terbabit ke dalam ketuhar dan menghidupkannya untuk ‘suatu jangka masa pendek’.

Pasangan berkenaan direman di Penjara St Francois County dengan wang jaminan lebih RM2 juta (370,000 British Pound) seorang.

Sumber – cari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *