Ika Nabella Nafi Betul-Betul Cium Mulut Dengan Suami

Pelakon Ika Nabella memohon maaf kepada mana-mana pihak yang berasa kurang selesa melihat aksi mesranya bersama suami dalam video boomerang yang dia muat naik di Instagram-nya, @ikanabella beberapa hari yang lepas.

Menurut penjelasan Ika pada portal akhbar tempatan, yang sebenarnya ia bukanlah aksi bercium yang telah dirancangkan kerana ia berlaku secara spontan. Malah, jika netizen lihat betul-betul boomerang itu, akan nampak yang itu bukanlah cium mulut yang betul-betul.

Jelas Ika, suaminya ingin mencium pipinya tetapi disebabkan Ika toleh memandang suaminya jadi ciuman itu terkena bibirnya, dan terjadilah video boomerang itu.  Disebabkan ia adalah spontan, Ika mengatakan yang dia turut tergelak kerana merasakan kejadian itu kelakar.

Dan, disebabkan merasa video itu kelakar, Ika memuat naik video boomerang itu di Instagram-nya, tanpa menyangka yang video itu akan menjadi tular dan menimbulkan perasaan tidak selesa pada sesetengah pihak.

Oh, begitu ceritanya, ingatkan Ika sengaja ingin menayangkan kebahagiaannya pada orang ramai, rupanya ia hanyalah video spontan. Tapi betul lah, bila lihat video itu lama-lama, aksi cium itu bukan lah betul-betul di mulut.

Harap lepas baca penjelasan Ika itu, tiada lagilah peminat atau netizen yang akan mertikaikan video boomerang Ika itu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *