Israel lepaskan bedilan peluru berpandu ke arah kemudahan ketenteraan Syria

BEIRUT: Televisyen Syria, semalam melaporkan Israel melepaskan bedilan peluru berpandu ke arah kemudahan ketenteraan negara itu di pinggir Damsyik, menambah sistem pertahanan udara Syria berjaya memintas tiga daripada peluru berpandu itu.

Saksi berkata, lewat semalam tiga letupan kuat kedengaran dari arah Jamraya, di barat Damsyik. Seorang lagi memberitahu asap tebal kelihatan di kawasan itu.

Jurucakap tentera Israel berkata, mereka tidak memberi sebarang ulasan kepada laporan asing. – Reuters

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *