Isteri Pandai Memasak Antara Punca Lelaki Jadi Boroi

Pernah dengar kan orang tua-tua selalu cakap “kalau nak pikat suami, kena pikat perut dia dulu”. Selain daripada pandai berhias, pandai memasak pun boleh buat suami jatuh cinta berkali-kali. Mana taknya makan pakai semua terjaga kan mesti lah suami sayang.

Tapi, betul ke kebanyakkan lelaki akan bertukar menjadi selekeh selepas berkahwin? Jangan tak percaya, walaupun ramai perempuan cakap suami orang lagi handsome tapi tak semuanya macam tu tau. Ada jugak suami yang sebelum kahwin bukan main kacak bergaya tetapi lepas berkahwin terus berubah jadi kusut masai, perut boroi, selekeh.

Kadang-kadang tu bukan isteri tak tegur tapi dia sendiri yang tak nak berubah. Lebih selesa macam tu katanya. Nak buat macam mana kan cakap lebih-lebih nanti jenuh nak pujuk pulak.

Nak tau apa punca yang menyebabkan berlakunya perubahan yang mendadak ni;

1. Isteri Pandai Masak

Sebab utamanya mestilah air tangan isteri ye tak. Mana taknya masa bujang dulu makan sekali je tu pun makan sikit, tapi bila dah berkahwin ni makanan sentiasa terhidang di atas meja. Senang hati.

2. Terlalu Rasa Selesa Dan Jadi Malas

Sebelum kahwin dulu sentiasa memastikan penampilan diri terjaga, tetapi selepas berkahwin semuanya berubah. Ini mungkin kerana sudah terlalu selesa dan merasakan hidup mereka sudah lengkap sehingga tidak peduli dengan penampilan diri mereka sendiri.

3. Tidak Aktif Dan Malas Bersenam

Masa terluang mereka banyak dihabiskan bersama isteri dan anak-anak, sudah jarang untuk keluar bersenam bersama rakan-rakan seperti waktu dahulu. Ini juga merupakan faktor dimana berat badan susah nak turun malah makin bertambah.

4. Bertukar Jadual Seharian

Kalau dulunya hidup bujang dan berseorangan, semua perkara perlu dilakukan sendiri. Kini semuanya diuruskan oleh isteri, suami hanya duduk menonton televisyen dan membaca surat khabar sahaja. Kurang pergerakkan juga antara faktor kenaikan berat badan.

Macam perempuan, lelaki pun kena jaga penampilan diri selepas berkahwin juga. Jangan fikir tak ada orang nak mengata pulak. Bukan suruh berhias dari atas sampai bawah cuma cukup lah sekadar sedap mata memandang. Tapi selaunya isteri tetap akan sayang suami mereka walau macam mana rupa sekali pun. Lagipun ada banyak kajian yang kata lelaki perut buncit ni lagi romatik. Tak salah jugak kalau nak berubah sebab cita rasa setiap manusia ni kan lain-lain. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *