Isu Berlagak Diva, Neelofa Minta Maaf

Baru-baru ini heboh di media sosial apabila netizen mempertikaikan cara Neelofa menemu bual penyanyi lagu ‘Tak Tun Tuang’ iaitu Upiak Isil dalam rancangan MeleTop.

Rata-rata netizen bersependapat mengatakan cara Neelofa menemu bual Upiak pada malam itu kelihatan seperti tidak profesional dan berlagak diva.

Disebabkan isu itu, pelakon ‘Suri Hati Mr. Pilot’ itu telah tampil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tidak menyukai perbuatannya yang kelihatan seperti merendah-rendahkan Upiak tetapi yang sebenarnya dia tidak berniat untuk melakukan itu pada Upiak.

Disebabkan kurang memahami loghat Padang, Indonesia yang Upiak tuturkan, Neelofa mengatakan yang terpaksa mengulang soalannya dan jawapan Upiak berkali-kali kerana ingin memahami apa yang Upiak katakan sebelum bertanyakan soalan seterusnya.

Malah, Neelofa akui yang dia sebenarnya sangat gembira dapat menemu bual Upiak kerana Upiak adalah seorang yang kelakar.  Namun, mungkin disebabkan reaksi Neelofa dan Nabil agak berbeza pada malam itu, jadi mungkin itu punca mengapa netizen melihat Neelofa seperti berlagak dengan Upiak.

Mana tidaknya, Nabil kelihatan sangat terhibur dengan sesi temu bual itu, manakala reaksi Neelofa pula kelihatan seperti agak ‘annoying’ dengan jawapan Upiak.

Netizen hanya suarakan apa yang mereka lihat dan rasakan, tetapi kini sudah jelaslah yang Neelofa tidak berniat untuk berkelakuan seperti itu dan hanya ingin berikan yang terbaik untuk sesi temu bual bersama Upiak itu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *