Izara Aishah Bengang Dituduh Cari Lelaki Kaya Untuk Goyang Kaki

Jika sebelum ini pelakon berbakat besar, Izara Aishah ada meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sesetengah pihak yang tidak mahu mengambilnya berlakon kerana tidak aktif di media sosial, kini, Izara tampil menyuarakan kekesalannya terhadap individu yang mengatakan dia kini hanya perlu ‘goyang kaki’ sahaja.

Dalam status yang dimuat naik Izara pada akaun Twitternya, Izara kelihatan seperti bengang dengan sesetengah pihak yang mengatakan dia kini sudah tidak perlu bekerja kerana telah berkahwin dengan lelaki kaya.

Jelas Izara hanya orang yang berfikiran kolot sahaja yang akan berfikir seperti itu. Dan, tweet Izara itu telah mendapat sokong dari pengikutnya yang juga turut bersetuju yang wanita perlu mencari pendapatan sendiri meskipun telah mempunyai suami yang kaya.

Betul juga, hanya orang yang berfikiran kolot sahaja yang akan rasakan yang mereka sudah tidak perlu berkerja selepas kahwin dengan orang kaya, walhal zaman sekarang ini, meskipun telah berkahwin tetapi wanita memilih untuk hidup berdikari, mencari wang sendiri tanpa mengharapkan bantuan suami.

Lagi pula, perkahwinan itu bukannya akan kekal selamanya, sekurang-kurangnya bila ditinggalkan suami, wanita itu masih mempunyai wang untuk menyara hidupnya. Abaikan sahaja mulut-mulut bawang yang kata Izara kahwin dengan lelaki kaya untuk goyang kaki.

Yang penting, semua peminat Izara tahu yang Izara adalah wanita yang tidak akan bergantung pada lelaki.  –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *